PENGENALAN SKBI

Mula dibina dalam tahun 2006 dipinggiran bukit dalam jajahan Sungai Bakap dengan nama tidak rasminya Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap 2 seperti mana dalam
pembinaan. Setelah mula beroperasi pada 5 Januari 2009 dengan menumpang di SK Sg. Bakap 1 namanya ditukar secara rasminya kepada Sekolah Kebangsaan Bakap Indah.
Pembinaan bangunan sekolah telah siap sepenuhnya dalam tahun 2008. Segala proses pengujian elektrik dan bomba telah mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.
Penerimaan kemasukan barang dan kelengkapan sekolah mulai 2008 adalah di bawah seliaan Pegawai Penyelia yang dilantik oleh JPN Pulau Pinang merangkap Penolong Kanan 1 sekolah iaitu En. Mohd Shukri b. Awang Yahya .
Pada peringkat awal operasi,sekolah ini menerima seramai 12 orang guru dan enrolmen murid seramai 140 orang sebagai perintis Sekolah Kebangsaan Bakap Indah selaku sebuah sekolah yang baru dibuka dengan bilangan kelas 6 buah kelas sahaja iaitu 2 kelas bagi setiap tahun dari tahun satu hingga tiga.
Buat kali pertamanya Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 28 Mac 2009, Sukan Tahunan Mei 2009 dan Hari Anugerah Kecemerlangan 14 November 2009.
Pada 5 November 2009, Satu majlis penyerahan telah diadakan di tapak bangunan sekolah baru oleh pihak kontraktor kepada pihak Kementerian dan pihak Kementerian kepada Pihak JPN Pulau Pinang. dan pada 12 November 2009 satu taklimat pengurusan telah diadakan oleh PPD Daerah Selatan kepada pihak pentadbiran dan guru-guru SKBI bagi membincangkan operasi kemasukan murid-murid ke bangunan sekolah baru ini.
Pada tanggal 17 November 2009, warga SKBI telah dibenarkan berpindah ke bangunan barunya sendiri. Tujuan kemasukan pada minggu terakhir sesi persekolahan 2009 ini adalah untuk melancarkan perjalanan pengurusan untuk sesi 2010 kelak.
Pada tanggal 1 Disember 2009, pihak PPD Selatan telah memaklumkan bahawa sekolah ini tdak dibenarkan beroperasi di bangunan baru kerana belum ada CFC daripada pihak berkuasa tempatan.
Selepas beberapa sesi rundingan dibuat dan berbagai kesukaran yang telah difikirkan pihak SKBI terpaksa akur dan bersedia untuk menumpang semula di SKSB.
Namun pada tanggal 14 Disember 2009 keputusan mengembirakan telah diterima oleh pihak sekolah daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan JPNPP yang telah memberikan kebenaran secara rasminya kepada SKBI untuk memulakan sesi persekolahan sesi 2010 di bangunan baru sendiri.
Permulaan sesi 2010 adalah dengan bangunan baru sendiri dan pertambahan 2 buah kelas untuk tahun 4 dan 2 kelas Pra Sekolah juga dengan pertambahan 6 orang guru iaitu
1. Pn. Nazimah sal bt Zabedin(DGA29) - Guru Pra Sekolah
2. En. Khairuddin bin Ismai (DGA29) - Guru Pra Sekolah
3. Pn. Nor Azirah bt Wan(DGA32) - Guru Matematik/Bahasa Melayu
4. Pn. Rafidah bt Abdul Karim(DGA32)- Guru Matematik
5. En. Zulkifley (DG41) - Guru Bahasa Melayu
6. Pn. Shanti a/p Krishnan (DG32) - Guru Bahasa Inggeris

SKBI 2011
SKBI terus berbakti menjelang 2011 dengan pertambahan 2 kelas lagi untuk tahun 5 dibuka dengan beberapa orang guru telah bertukar iaitu Pn. Shanti ke SJKT Sg. Bakap manakala yang bertukar portfolio ke JPN En. Khairuddin Ismail  dan ke PPD ialah Pn. Fadzilah Hassan, En. Azhar Che Mat dan En.Zulkifley. Manakala guru baru 2011 terdiri daripada
1. Pn. Rosnani Dahaman
2. Pn. Nurul Syuhada
3. Pn. Nurhijat Hassan
4. En. Shahrum
5. Pn. Nor Azlina
6. En. Najib Samad
7. Pn. Khairina